Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Apabila Pasang Lagu 'Kelam Malam'






Tahun lepas kecoh dengan penyanyi dan pelakon Naim Daniel yang membuat cover lagu ‘Kelam Malam’ di rumahnya dan tiba-tiba ada penampakan entiti berbaju putih di belakangnya kan?
Kali ini perkongsian seorang lelaki ini di Twitter amat menyeramkan selepas memasang lagu Kelam Malam ini mendapat sebanyak 17K retweet! Seram sangat ke?

Korang aku nak cerita ni. Ingat lagi tak pasal Pengabdi Setan tu ? Ha cerita tu gempak kan ? Lagu pun best best kan ? Ni aku nak cerita experience aku. Sejujurnya ini adalah pengalaman pertama aku berdepan dengan benda ghaib. So malam semalam aku tak dapat nak tidur.

Well, aku ni sejenis yang suka dengar muzik macam lagu Tip Toe Thru The Tulips dan sebagainya . So, sejak kali pertama tonton filem Pengabdi Setan aku kerap dengar lagu Kelam Malam. So cerita dia camni..Aku semalam ada lepak dengan kawan2 aku kat taman . Lepak punya lepak sorang member aku bukak lagu kelam malam tu. Pastu apa lagi semua follow ah nyanyi kan?  Tiba-tiba entah macam mana aku boleh terlepas cakap ‘Weh malam ni aku nak buat cover lagu ni ah , nanti senang famous’.

Well dah kalau semua pun tengah tak okay lepas tu gelak-gelak bagai, apa je yang tak terlepas kan? Aku perasan start lagu tu je kat taman tu tiba-tiba angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Mungkin kebetula je kan? So habis lepak and then aku pun balik.Petang tu aku penat sangat so aku tidur atas sofa ni. Bila aku tengah tidur je tiba-tiba aku dah rasa lain macam. Lampu semua aku tutup la sebab cerah sangat. So time aku baring to jaw aku cam tiba2 bergerak2 tanpa aku sedar . Aku macam “what the hell”. So, macam aku takdelah fikir apa.

Tiba-tiba aku tengah tidur aku tersedar but aku tak boleh gerak and mata aku terbukak. Aku tengok sekeliling aku takde apa tapi aku dapat dengar ada orang borak rancak macam Bahasa Melayu tapi aku macam tak faham apa yang diborakkan. Lepastu aku rasa macam ada orang sentuh kaki aku..

Aku cuak jugak lah sia, so apa lagi aku baca la ayat Kursi. Masa aku tengah nak baca tu tiba-tiba mulut aku tersenyum and macam gelak tapi aku tak boleh nak buat apa apa so aku stop baca . Then, bila nak baca balik dari mula benda sama jadi weh, aku tergelak sendiri!
Aku dah tak tahu nak buat apa, so aku tutup mata and just berharap aku dapat lepas daripada dengar benda tu borak eventho aku tak nampak apa apa dekat situ dan kaku. Plus, orang pegang tangan and kaki aku . Alhamdulillah benda tu kejap je lepastu sedar-sedar aku tak faham satu apa pun.

So okay kat sini yang makin creepy, semalam pukul 12 baru aku tidur. Aku sebelum tu tengok TV main phone jela . Tiba2 aku baring dekat sofa yang sama and AKU RASA BALIK BENDA TU. Terpulang dekat korang nak percaya atau tidak , sebab aku pun tak bodoh nak buang masa.

Tulis panjang-panjang ni. So aku tiba2 pening dan entah macam mana aku dok terfikir lagu kelam malam tu . Serious weh, tiba-tiba nyanyi lagu tu berulang dalam otak aku and then aku rasa badan tak sedap but kali ni aku tak tidur sebab dah rasa tak sedap hati atas sofa tu.
But walaupun aku sedar, mulut aku macam rasa jaw aku kebas and turun naik turun naik . Tiba2 aku dengar orang jerit . Aku ingat adik aku main phone ke apa, masuk2 dia tengah tidur . Aku dah “Aduh f**k la” but aku duduk balik kat sofa tunggu bapak aku balik.


Time tu pukul 2 pagi and aku nak tengok la mak aku tengah buat apa. Punyalah terkejut aku bukak2 pintu bapak aku tengah main phone. Pergh sumpah kaku sial aku dekat situ, serious weh. Aku terpandang lama jugak ah bapak aku pastu dia macam “Kau dah kenapa?”
Bayangkan rumah aku apartment je so macamana aku boleh tak perasan dia masuk? Dah la pintu aku tepi tv je, plus aku tengah tengok TV time tu. Aku dah la tak gerak mana mana tegak je dekat situ. Aku tanya dia lama dah ke sampai . Dia cakap “baru je ni 5 minit”. Sumpah…

Kepala otak aku dah berpusing. Entahlah, aku dah rasa tak sedap hati aku ambik tilam lari bilik dorang lah kan mana lagi nak menapak. Tapi sebelum tu aku pergi minum air kejap. Pastu aku betulkan kerusi meja. Tiba-tiba time aku nak gerak je dari meja makan masuk bilik…

Aku dengar ‘orang’ atas pun gerak kan kerusi dia. Yang aku pelik pattern bunyi dia sebijik macam aku weh ! Tempo dia gerakkan tu tak ubah macam bunyi kerusi aku. So bila dia dah makin nak ajak aku ‘main main’ ni aku pun lari masuk bilik parents aku. Keesokan harinya ….
Aku bagitahu pasal ni dekat mak aku. Dia pun terkejut dengar . Pastu dia cakap la “Abang ada orang call abang ke pagi tadi ? Ke gf abang yang call?” Sebab time tu dia tengah solat Isyak dekat luar and then time habis solat tu bila dia nak berzikir . Tiba-tiba phone aku berbunyi..
Aku macam play kan la ringtone aku . Dia cakap bukan, lagu tu tak macam catchy. Lepastu aku buka la I’m the one sebab tu ringtone aku dulu . Dia cakap bukan jugak. Aku dalam hati “Allah takkan lah lagu ……”

Aku play lagu Pengabdi Setan tu . Mak aku macam “Ha yang ni la abang lagu tu!”. Mak aku dengan aku meremang gila bulu roma kitorang. Tak logik la tiba2 boleh terbukak lagu tu sebab phone aku Spotify and Joox tak register lagi sebab aku jarang dengar lagu kat phone.
So lagu tu boleh dengar kalau aku buka Youtube je . What the f**k sial! Mak aku siap cakap yang lagu tu lama gila, 5 minit lebih. Means ada benda yang kacau kan phone aku. Mak aku macam dalam hati dia siap ada terdetik lagi “Ish creepy jugak lagu ni”.

Plus, dia cakap ni bukan first time . Banyak kali dah weh dia dengar lagu ni play tengah malam . Dia cuma ingatkan tu ringtone aku so takde apa la nak dirisaukan. Sorry lah weh kalau ada typo ke apa sebab aku taip ni pun menggigil fikir pasal benda ni.

Lepas tu mak aku ada cakap “Abang ada study ke pukul 4.30 camtu?” Sebab dia cam nampak lampu bilik aku terbuka and dengar aku macam buat kerja (baca formula, dengar aku flip buku ). Dalam hati aku dah tak alright weh sebab kul 3.30 aku lepak kat luar..

Ye ah aku terjaga kul 3.15 macam tu then aku lepak sebab takut sangat nak duduk rumah . Nak keluar rumah tu pergh seram namatey. So nilah cerita aku. Moral of the story is jangan la korang cabar benda2 ni. Sukahati korang la nak percaya ke tak. Yang penting benda ni wujud. Tu je..

Pergh, memang seram bila baca perkongsian lelaki ni tentang lagu Kelam Malam. Min pun macam rasa vibe seram dia sambil taip ni.. Nasib baik min tak pernah dengar full lagu tu..
Sumber: Twitter @mirzafiras_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...