Dalam kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram beliau, Neelofa dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan kontroversi pelancaran koleksi terkini tudung beliau di sebuah kelab hiburan.Neelofa juga berkata beliau mahu bertanggungjawab atas semua keputusan yang dibuat sehingga isu ini timbul dan mahu belajar dari kesilapan.


“Selepas memahami dan mengambil kira apa yang berlaku ketika malam pelancaran itu, saya secara ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan lokasi tersebut”


“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan. Kami akan memberi lebih perhatian pada masa hadapan dalam menjaga imej produk”
“Melangkah terus, kami akan meneruskan penjemaan tudung dalam landasan yang sewajarnya,” katanya. (rtky/m)