Takkanlah Saya Nak Menari Ghairah, Memang Tak Masuk Akal






Kalau sebelum ini,tarian muzik video Kilafairy “Put The Word In” yang berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Sean Kingston dan DJ Aku Ash dikatakan seperti penari tiang.Setelah isu itu diketahui Kilafairy sendiri, dia memberi respon dan menafikan dakwaan netizen. Kilafairy atau  Syakila Nisa Jahangir Khan, 26 menyatakan dia dan syarikat rakamannya sudah meneliti tarian itu sebelum digunakan.

“Sebenarnya, saya dan pihak pengurusan banyak meneliti cara tarian sebelum kita menyiapkan koreografi.”Peka dengan sensitiviti rakyat Malaysia, Kilafairy juga tahu muzik videonya untuk tontonan rakyat Malaysia dan dakwaan menari ghairah itu dikatakan kurang masuk akal.

“Takkanlah saya nak menari dengan apa yang dikatakan ghairah sedangkan saya tahu video itu untuk tontonan di Malaysia. Memang kurang masuk akal.”Kalau korang jenis kaki layan muzik pasti tahu lagu itu mempunyai genre groove, jadi untuk menonjolkan lagi elemen itu hanya melalui tarian sahaja.

“Kita cuba sedaya upaya untuk menampilkan groove lagu itu melalui tarian. Itu saja. Saya rasa mungkin persepsi negatif sesetengah pihak saja.”


Namun, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini menerima segala komen dan cadangan dengan hati yang terbuka demi menonjolkan bakat di persada dunia dan diterima orang ramai.

Ada juga berpendapat lagu itu terlampau banyak autotune, tetapi ramai juga yang memuji muzik video yang dan lagu yang nampaknya mendapat sambutan.Muzik video itu kini sudah cecah setengah juta tontonan dalam masa seminggu. Wow tahniah Kilafairy!

“Ramai peminat rasa gembira dengar lagu ini dah cukup bermakna buat saya. Terima kasih kepada syarikat label saya iaitu LMG (Lion Music Group)”
Muzik Video “Put The Word In”

Sumber: Mstar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...