Waw Koleksi Be Lofa Terjual Habis Dalam Masa 2 Minit Sahaja






Rangkaian tudung terbaharu Neelofa, Be Lofa dilaporkan telah pun habis terjual dalam tempoh dua minit sahaja!Memetik Media Hiburan, berita itu dimaklumkan oleh ibu Neelofa sendiri, Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram.
“Ini team pos online. Alhamdulillah online turban dan shawl sold out! Terima kasih semua tenaga kerja yang sangat bagus. Esok semua akan terima turban shawl yang dibeli online hari ni,”tulisnya menerusi InstaStory.

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa gembira dan terima kasih atas sokongan para pengguna.
“Saya tidak mahu ambil peduli kata-kata orang sebab yang penting, saya tahu apa yang saya lalukan. Sebab saya lancarkan ia di lokasi berkenaan juga sudah dijelaskan sebelum ini.“Kalau diikutkan, sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman. Jadi lebih baik memilih untuk tidak ambil peduli.
“Syukur, respond yang diberikan pembeli terhadap Be Lofa begitu meyakinkan. Terima kasih atas sokongan kalian. Harapnya momentum ini akan kekal berterusan. Bukan sahaja pada koleksi Be Lofa, tetapi juga kepada tudung-tudung keluaran Naelofar Hijab yang lainnya, insyaAllah,” katanya kepada Media Hiburan.


Koleksi Be Lofa ini dijual pada harga RM73 sahaja. Sudahkah anda memilikinya? – 

Sumber: Media Hiburan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...